Successful entrepreneurs

2015年4月1日星期三

Subur budaya keusahawanan di sekolah

RAUB 25 Feb. - Pihak sekolah perlu menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bagi menyemai semangat dan minat pelajar bumiputera terhadap bidang perniagaan yang kini didominasi oleh kaum lain.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pihak sekolah seharusnya memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tanpa terhad kepada matlamat mencapai kecemerlangan akademik semata-mata.

"Saya minta pimpinan sekolah supaya menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti penubuhan kelab usahawan dan menganjurkan karnival keusahawanan.

"Langkah ini penting bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang perniagaan seterusnya menarik minat mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dong di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengetua SMK Dong, Jailani Tasman dan Yang Dipertua PIBG SMK Dong, Mohd. Azam Abdullah.

Menurut Shahiruddin, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sekolah bagi meyuburkan budaya keusahawanan dan bersedia memberi pelbagai bentuk bantuan dan kerjasama.
Katanya, pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sentiasa bersedia membantu pihak sekolah.
Kangar: Penganjuran Simposium Usahawan anjuran Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sempena Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM), di sini, mampu meningkatkan kefahaman sekali gus menyemai dan memperkasa budaya keusahawanan kepada penduduk di negeri ini.
Program berkenaan menampilkan barisan ahli panel dan tokoh usahawan tanah air turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi melalui sesi soal jawab di samping menjalinkan rangkaian perniagaan sesama usahawan.

Usahawan, Matt Noh Kasa, 59, dari Jejawi Hutan Buloh, Arau, di sini, berkata, program berkenaan secara tidak langsung membantunya melihat peluang yang boleh direbut selain mendapatkan sumber kewangan untuk memperbesarkan lagi perniagaan hotelnya di sini.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perkasabudayakeusahawanan/Article/index_html#sthash.PH5AQYdf.dpuf

没有评论:

发表评论