Neeta Gosalia
Umur: 38
Anak ketiga daripada enam adik beradik perempuan
Jawatan: Pengarah Neeta’s Herbal(M)Sdn Bhd
Sebab Memilih Beliau
Neeta
Gosalia lahir di dalam keluarga yang menginginkan anak lelaki. Anak ketiga
daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati
yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana,
masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri Sembilan ketika itu berpegang
kepada prinsip hanya anak lelaki yang mampu menjaga keluarga dengan baik.
Beliau masih tidak berputus asa untuk hidup dalam masyarakat Gujerati.Tetapi
hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya
terutama Neeta, yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan
kulit sendiri. Selain itu, Neeta tidak pernah bersikap tamak dengan
kejayaannya tetapi dia turut membantu adik beradik perempuannya yang lain
sehingga masing-masing mempunyai taraf kedudukan kewangan yang kukuh.
Proses Pembangunan Perniagaan
Neeta Gosalia
mempunyai keinginan yang kuat dengan mencipta sesuatu untuk masyarakat. Walau
bagaimanapun, beliau mengalami satu masalah yang serius iaitu rambut gugur.
Beliau berasa malu dan berjumpa banyak doctor. Beliau juga menghabiskan banyak
wang dalam produk komersial yang boleh mengurangkan rambut gugur. Tetapi
kaedah-kaeadah ini tidak berkesan kepada rambut beliau. Oleh itu, beliau
membuat keputusan untuk pergi ke India kerana beliau ingin mencari kaedah
alternatif yang boleh menyingkirkan beliau dalam keadaan ini. Di sanalah dia
terjumpa penyelesaian untuk masalah itu dalam bentuk Ayurveda, di mana
penggunaan herba asas dan pelbagai perubahan mudah yang lain telah membenarkan
beliau untuk mendapatkan semula rambutnya bersama-sama dengan keyakinan beliau.
Jadi, dia membuat keputusan untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada semua
orang yang memerlukan penyelesaian.
Beliau mempunyai sudah
mencapai Sijil Kecantikan Antarabangsa dalam bidang kosmetologi. Beliau
sendirinya telah menguasai perubatan Ayurveda. Menjelang tahun 1991,
Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan perniagaan dengan membekalkan
produk mereka ke kedai-kedai terpilih di di negara ini. Neeta seterusnya
berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom dan membuka
beberapa outlet di sana. Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di
Hyderabad, India. Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak
terhingga menjadi tonggak utama bagi Neeta.
Hari ini beliau adalah
pengasas dan pengerusi Neeta Antarabangsa Herba(M)Sdn Bhd dan kaedah
rawatan beliau yang disebarkan melalui 23 cawangan di seluruh
Malaysia dan 10 cawangan di luar negara,di mana rambut gugur yang benar-benar boleh
menjadi satu perkara yang lalu . Neeta kini bahagia bersama suami dan
tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai rahsia kejayaanya, dia menjawab,
‘Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya dikira berapa jumlah wang yang kamu
perolehi atau sebesar mana perniagaan yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia
adalah mengenai keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan saya”
Thanks for sharing background of the owner for Neeta’s Herbal. At Neeta’s Herbal, a client’s hair problems are assessed. Please feel free read another of our review at:
回复删除http://kidbuxblog.com/herbal-therapy-for-hair-fall/