Lisa Fong
Pengarah urusan OSCAR
Footwear Marketing Sdn Bhd
Sebab Memilih Beliau
Beliau adalah orang
yang keusahawanan dan tidak berputus asa kerana pengalaman tersebut telah
mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.
Beliau tidak maju ke
hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya beliau beralih kepada
bidang pembuatan kasut keselamatan (safety footware).
Proses Pembangunan Perniagaan
Sejak di bangku
sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk mendapat
sedikit wang saku. Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor,
Beliau pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan
kasut. Semasa di London, beliau berkerja di kedai kasut Bata untuk mendapatkan
banyak lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.
Kemudian beliau dan
abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada tahun 1980-an. Pada ketika
itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja menghasilkan
kasut. Disebabkan itu, beliau telah manaik taraf proses pembuatan dengan membeli
jentera berteknologi tinggi untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan
yang dihadapi oleh syarikat .
Perniagaan, yang
pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah berkembang kepada pembukaan
kilang yang lebih besar yang mampu menghasilkan 1,000 hingga 1,200 kasut setiap
hari berbanding 500-700 kasut sebelum ini.
Pada hari ini,
pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti Petroliam
Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The Federal Land Development
Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police.
Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan
Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikat safety footware
di Malaysia.
Matlamat beliau kepada
syarikat adalah untuk menjadikan Syarikat OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai
salah satu syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh
lima tahun akan datang.
没有评论:
发表评论