Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed
Nor Al-Bukhary
-seorang ahli perniagaan
-jutawan Melayu
yang terkaya di Malaysia
-Pengerusi Yayasan
Al-bukhary
-Tokoh Maal Hijrah sempena
sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di
Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC)
-pernah dipilih sebagai Tokoh
Melayu Terbilang 2009
Sebab Memilih Beliau
Tan Sri Syed Mokhtar adalah seorang
orang yang baik hati kerana beliau menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac
1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin,
menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman
antara peradaban.Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan
persaudaraan sesama Islam.Yayasan ini menjalankan kerja-kerja kebajikan
manakala dan menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan
Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.Yayasan al-Bukhary membiayai
pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim
miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Proses Pembangunan Perniagaan
Pada tahun 1970-an, perniagaan
binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki
dan mulut.Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis.
Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi
melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan
ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau
kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada
peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya
dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan
diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya.Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan
lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras.Syarikat Kenderaan Sentosa masih
wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas .Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina.
Perniagaan terus berkembang
Setahun selepas Bukhary Sdn.Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya
bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter,
beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat
kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.
Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut
dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu,
beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus
daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn.Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.

没有评论:
发表评论