Artikel
kali ini berkenaan dengan 6 Ciri Usahawan Berjaya. Usahawan yang merupakan
seseorang mempunyai idea, merancang bagaimana membangunkan perniagaan. Akhirnya
baru boleh menjalankan perniagaan mereka.
6 Ciri Usahawan Berjaya
1. Tidak Lupa Daratan
Wazeen
Azizian mengatakan bahawa usahawan yang berjaya adalah mereka dari golongan
yang tidak lupa diri di mana mereka ketika belum berjaya dulu. ‘Down to earth’
adalah satu karakteristik yang sememangnya ada di kalangan usahawan yang
berjaya. Mereka akan terus ingat bagaimana kehidupan mereka yang dahulu dan
mereka akan teruskan dengan cara hidup yang bersederhana tanpa menjadi orang
yang sombong dalam kehidupan ini.
Usahawan
ini tahu bahawa orang lain tengok dengan duit yang mereka berjaya dapatkan, tetapi mereka tetap hidup
seperti orang kebanyakan dan yakin dengan pemberian itu adalah daripada Allah
dan perlu dikongsi kepada mereka yang memerlukan dengan bersedekah dan
menderma.
2. Mempunyai Sifat Kejahilan
Mungkin
anda terfikir, kejahilan hanyalah untuk sesuatu yang buruk sahaja tetapi
sebenarnya usahawan yang berjaya ini mempunyai sifat kejahilan dari sudut
pengalaman dan kurangnya dari segi penghakiman. Mereka keluar daripada dunia
realiti dan menuju kepada impian dan angan-angan mereka. Di sinilah lahirnya
genius dan usahawan yang hebat.
Kejahilan
inilah memberikan usahawan ini keyakinan
yang palsu di mana mereka tidak akan dapat lihat apa-apa yang mereka lakukan
tetapi yang sebenarnya mereka telah berada pada jalan yang betul dan cerah
untuk masa hadapan. Kebiasaannya, usahawan ini akan menghabiskan masa mereka
dalam khayalan palsu mereka yang bersembunyi di sebalik akal fikiran di mana
orang lain tidak pernah nampak perkara yang ada di sebalik khayalan usahawan
ini.
Selagi
masalah yang difikirkan dalam imaginasi mereka tidak dapat diselesaikan,
usahawan ini sanggup meninggalkan keselesaan masa lapang mereka untuk menerokai
pelbagai sudut perniagaan sebagai seorang usahawan.
3. Risiko Sentiasa Bersama Kejayaan Mereka
Sejak
dari dulu sampai sekarang ni, saya sentiasa dengar tentang risiko untuk mereka
yang ingin berniaga. Risiko sentiasa bermain-main disamping usahawan yang
berjaya. Saya dapati ia adalah tepat. Usahawan yang genius dan juga berjaya
akan selalu meletakkan mereka di dalam kedudukan di mana risiko itu wujud.
Mereka perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan risiko yang mendatang. Mereka
tidak pernah mengaku kalah lebih awal apabila bertentang dengan risiko.
Dengan
cara ini, mereka akan bekerja keras, tabah, konsisten, berusaha, dan ia
didorong dengan impian palsu mereka yang tadi kerana mereka tahu risiko suka
berkeliaran di samping mereka.
4. Kemahiran Yang Pelbagai
Usahawan
yang berjaya kebiasaannya mempunyai pelbagai kemahiran. Mereka tidak percaya
bahawa mereka hanya mahir dalam sesuatu perkara sahaja kerana mereka yakin
bahawa untuk bermula, mereka sendiri perlu belajar
pelbagai kemahiran dan segala-galanya mereka perlu buat sendiri di dalam
perniagaan mereka kecuali jika mereka bermula dengan dengan modal yang besar
dan mampu bayar gaji.
5. Ketua Yang Prihatin
Seorang
usahawan yang berjaya adalah seorang ketua yang prihatin apabila mereka telah
mempunyai empayar mereka sendiri. Mereka akan menjadi pemimpin yang prihatin
dalam legasi mereka kerana mereka tahu, jika mereka tiada hati perut terhadap
pekerjanya, dan pelanggannya tidak akan berjaya.
Perniagaan
yang stabil dan konsisten akan menghasilkan pulangan yang terbaik dengan
keprihatinan seorang pemimpin terhadap pekerja dan pelanggan mereka. Usahawan
seperti inilah yang akan diingati oleh orang ramai.
6. Seorang Yang Unik dan Berbeza
Mereka
ini adalah yang berbeza dan secara amnya mereka adalah seorang yang unik
berbanding orang lain. Mereka meletakkan diri mereka di kelilingi oleh mereka
yang berjaya dan berusaha ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bekerja keras
dan berusaha untuk memperbaiki diri hari ke hari.
Usahawan
ini akan memberi tumpuan kepada sesuatu perkara yang mereka suka dan lakukan
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam membuat perkara yang
mereka sangat suka.
Perbezaan
adalah sesuatu yang bagus dan ia adalah unik dan dengan keunikan ini mereka
membawa diri mereka kepada suatu kejayaan yang besar
没有评论:
发表评论